Pages

Wednesday, September 15, 2010

Surat Berantai

Salam alaik!

Pernah dapat tak, surat atau risalah yang memberi dakwah Islam, ataupun, sekadar peringatan untuk Muslim..
Contoh terbaik!

Surat daripada penjaga makam Rasulullah S.A.W., yang tertidur dan bermimpi didatangi seseorang yang memberi peringatan-peringatan tertentu, khas untuk semua umat Islam.

Dan, kita disuruh untuk fotostat dan mengedarkan risalah itu kepada orang lain. Tidak kira sama ada risalah kertas, emel, mesej atau video.

Pernah kan?

Kemudian, ditambah pula di bahagian terakhir nya, jika sesiapa yang tidak menyebarkan risalah ini, akan ditimpa bala bencana dalam masa 10 hari ape ntah.. Diberi contoh pula, si fulan pernah dibuang kerja daripada menteri kerana mengendahkan mesej-mesej sebegini. Dan kemudian, selepas menyebarkannya, barulah segala yang hilang, dapat kembali..

Macam-macam lagi la surat begini.. Ada rakan-rakan saya yang turut terjebak denga perkara-perkara sebegini. Apabila ditegur, bagi yang menerima dengan baik, terima kasih. Namun, alasan yang sering saya dengar daripada mereka;

"Ala.. Aku sebarkan pasal Islam ni.. Ade pengajaran ape.."
"Laaa.. Xpela.. Aku saje2 je anta.."
"Eh, kang x pasal2 aku kene bala pulak"

Dan pelbagai lagi..

Jadi, saya di sini ingin berkongsi dengan anda semua, mengenai perkara ini. Pandangan dari saya sendiri, dan juga dari apa yang saya baca dalam Majalah I, dari apa yang saya dengar oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan juga dari ILuvIslam.

Ok..

FAKTOR PERTAMA

Jika kita tengok pada isi surat itu sendiri. Contoh, mengenai mimpi dari seorang penjaga makam Rasulullah S.A.W. Sheikh Ahmad Maeine.

Siapakah dia?
Benarkah dia memang wujud?
Atau sekadar watak yang direka sahaja?
Namun, jika betul, tidak mengapa..
Perlulah disertakan dengan bukti sekali..

Sedangkan hadis-hadis yang sering kita dengar, pasti akan ada, diriwayatkan oleh siapa. Namun, faktor ini tidak begitu penting sangat.

Malah, mengenai contoh-contoh nama yang diberikan, di mana mereka tidak menyebarkannya, maka telah ditimpa pelbagai musibah, dan bagi yang menyebarkan, telah mendapat pelbagai berkat, entah betul entah tidak.. Wujud ke tidak manusia-manusia tersebut. Jika betul wujud pun, kisah itu benar ke tidak, wallahualam..


FAKTOR KEDUA

Umat Islam langsung tidak pernah dipaksa untuk menyebarkan ilmu. Namun, kita digalakkan. Setakat ini, saya tidak pernah lagi jumpa mana-mana dalil, yang Allah akan memberi dosa kepada sesiapa yang tidak menyebarkan ilmu. Bergantung juga, jika kita tidak menyebarkan ilmu sehingga menyebabkan seseorang itu sesat dari jalan yang sebenar, itu lain cerita.

Tetapi, bagi perspektif kali ini, dalam surat itu, pasti akan ada suruh kita sebarkan atau forward kepada orang lain, jika tidak, kita akan ditimpa bala dalam masa seminggu. Atau akan hilang benda yang kita sayangi, dan akan hilang kebahagiaan kita selama ini dan sebagainya.

Cuba kita fikir..
Amboi! Paksa kita untuk sebarkan benda-benda sebegini. Dah la paksa kita sebarkan. Kemudian, boleh pula kata nanti kita akan ditimpa sesuatu bala. Besar sangatkah kuasa surat itu? Malah, memaksa kita menyebarkan info dari surat itu. Sedangkan Rasulullah hanya menggalakkan kita menyebarkan ilmu, bukan memaksa. Jadi, sudah nampak sikit-sikit kan?


FAKTOR KETIGA

Allah itu Maha Berkuasa. Tiada apa-apa pun yang lebih berkuasa selain Dia. Itu kita sudah tahu bukan?
Mengenai hal ini pula, seperti yang tertera dalam surat itu, kita akan ditimpa bala jika tidak menyebarkannya, dan akan dieri kebahagiaan jikia kita menyebarkannya..

Wow. Sungguh besar kuasa surat itu. Sehingga kuasanya setanding dengan kuasa Allah. Biar benar? Sungguh hebat. Secara tidak langsung, seseorang yang menuruti perintah surat ini, sekaligus sudah terjebak dengan Syirik. Pengertian syirik mengikut buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4,

"Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah"

Seseorang itu telah percaya, bahawa nasibnya selepas itu, bergantung kepada surat itu. Jika dia tidak menyebarkannya, maka, nahaslah dia ditimpa bala nanti. Jadi, dia mahu mendapat berkat atau kebahagiaan. Jadi, dia telah melakukan syirik.

Segala apa yang kita dapat, terima, alami, takdir dan nasib, segalanya terletak pada kekuasaan Allah. Bukan pada sehelai kertas, sepucuk surat atau mesej/emel yang diterima (penjodoh bilangan bagi mesej dan emel ape ye?)


FAKTOR KEEMPAT

Namun, tidak dinafikan ada juga yang tidak mengetahui sehingga ke tahap ini sekali perkara ini boleh terjadi.. Ada yang hanya ingin menyebarkan bagi sekadar suka-suka.. Tiada niat kerana percaya dengan surat itu. TETAPI, anda jangan lupa. Kepada siapa anda sebarkan itu? Siapa tahu, ada yang percaya nanti? Dosa nya itu, akan sampai ke anda juga, kerana menyebarkan..

Kita perlu ingat, jika kita menyebarkan sesuatu ilmu yang bermanfaat, selama mana ilmu itu disebarkan, selama itula kita mendapat pahala untuk hal itu. Jadi, memang untung.. Syukur. Namun, perkara yang sama akan terjadi jika kita mengajar perkara negatif juga. Selagi ajaran negatif itu tidak dihentikan, selagi itulah kita akan berdosa. Jadi, hati-hati ya?

Contoh yang menakutkan,
Qabil, manusia pertama yang membunuh manusia, iaitu membunuh Habil. Bayangkanlah, sehingga sekarang masih ada pembunuhan. Bagaimana lah azab beliau di dalam kubur? Sudah berapa tahun beliau meninggal? Diseksa sehingga Hari Kiamat.. dan, dosa membunuhnya pula, bertambah-tambah hari demi hari.. Wallahualam.. Moga Allah meringankan azab baginya..


Kesimpulannya,
  1. Jika anda mendapat emel, surat, risalah atau mesej sebegini, bacalah dahulu, dan cukuplah sekadar mengambil peringatan dari isi kandungannya. Tidak perlu menyebarkan mengenai bala-bala yang akan dialami sekiranya mengendahkannya..

  2. Khabarkanlah kepada rakan-rakan anda mengenai perkara surat berantai ini. Segala kesan mengenai surat sebegini..
Sehingga di sini sahaja saya ingin mencoretkan sedikit di blog saya kali ini. Kita berjumpa lagi.. Sekian. Maafkan saya jika informasi yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kesilapan diri saya sendiri..

Jika anda mahu copy dan paste artikel ini, amatlah dialu-alukan kerana ilmu ini hak milik semua orang.. Insha Allah.. Sebarkanlah ia..

Assalamualaikum..

Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah :)

6 comments:

Anonymous said...

salam alaik,
ana nk k0men sikit.
pe yg ana nmpk ble msg/emel brbentuk peringatan ni + 'ugutan' kalau xsebarkan dpt pd s0meone..die jarang brfikir tntang isi kndungn yg nk disampaikn..tp lg mmikirkan 'ugutan' 2..n rasanya, 'ugutan' 2 actually xprlu kalau kte nk owg amek iktibar dr isi kndungn 2..eh, faham ke ape ana membebel ni?wassalam..

Mohammad Aiman said...

tapi, klau benar nak amik iktibar, kenelah ilmu yg diyakini betul kan?
itulah kelemahan islam skrg yg ana nampak..

sering sahaja mudah percya pada mane2 perkara yg diberitahu..
subhanallah.. jgn mudh percya, terutama masyarakat barat skrg nih.. nak hancurkan islam je..

semoga kita terlindung dari perkara-perkara tersebut.. =)

Anonymous said...

camne kite nak knfem ape yg kite dpt 2 betulll?

Mohammad Aiman said...

sama ada boleh tanye pada yang lebih mengetahui, atau kita yakin memang itu memang perkara yang benar..

rujuk pada buku2, atau ustaz2.. =)

IMANSHAH said...

ana tak pernah amik pusing..

Mohammad Aiman said...

imanshah : baguslah.. beritahu pada yang lain begitu juga.. :) never layan it

Post a Comment

 
Powered by Blogger