Pages

Wednesday, September 15, 2010

Nazar

"Aku nazar, kalau aku dapat itu dan ini, aku akan botakkan kepala"
"Aku nazar, kalau aku dapat buat itu, aku akan puasa X hari"

Itulah ayat yang selalu kita dengar. Memang famous NAZAR ni kan?
Pernah terfikir tak mengenai nazar ni? Kisah pasal dia, apa hukum dia.. Macam-macam lagi..

Pada zaman nabi apa aku tak ingat (tak silap aku, zaman Rasulullah, kot?)

Ada seorang umat. Dia bernazar sesuatu (tak ingat nazar apa). Dia bernazar kalau dia dapat, dia akan makan tahi anjing hitam. Geli kan? Tapi itu la realitinya. Dia nak sangat hajat dia tercapai, dan dia rasa macam hajat itu besar sangat, jadi dia nazar la benda yang besar juga.

Ditakdirkan Allah, hajat beliau tercapai. Ketika itu lah, dia teragak-agak, apa nak buat? dah la nazar makan tahi anjing hitam. Adui..

Lalu, dia datang berjumpa dengan Nabi.. (Aseef.. aku tak ingat Nabi apa) Lalu beliau berceritalah segalanya mengenai nazarnya itu. Setelah habis dengar, Nabi berpesan pada dia,

Carilah satu rumah/pondok lama yang tidak pernah orang solat dalam tu..
Lalu, bila hujan, air yang mengalir turun dari atap rumah itu, tadahlah air itu dan minumlah ia..
Sesungguhnya, air yang mengalir dari atap rumah orang yang tidak pernah solat,
sama JIJIKNYA dengan tahi anjing hitam.

Lalu, selesailah perkara yang dialami oleh si fulan itu..


Kesimpulannya, ada dua pengajaran kat sini..
  1. Nazar itu wajib. Tidak kira betapa teruk nazar kita. Namun Rasulullah berpesan, janganlah bernazar perkara-perkara yang memudaratkan diri. Contoh, terjun bangunan 10 tingkat, makan nasi guna mata, potong jari sendiri dan sebagainya.
  2. Solat itu satu kewajipan. Tidak kira sibuk mana pun kita.. Dan ingatlah, air yang mengalir turun dari atap rumah yang tidak pernah orang bersolat di dalamnya, sama TARAF dengan tahi anjing hitam

Bila sahaja aku teringat pasal kisah ini, aku nak cerita pasal nazar aku..

Dulu, time PMR, aku nazar akan puasa 3 hari kalau dapat 8A. Dan alhamdulillah aku dapat.
Lalu berpuasalah aku sebanyak 3 hari lepas aku dapat result time hujung tahun 2007 dulu.
(Berbeza ye. Puasa 3 hari dengan puasa 3 hari berturut-turut)

And then,
bila masuknya Form Five, confirm la SPM kan? Jadi dekat-dekat nak exam, setelah aku perhatikan result-result aku sepanjang Form 4 dan Form 5, cam mustahil je nak dapat 10A?

jadi, aku bernazar sesuatu yang memang aku rasa susah..
sama susahnya aku nak dapat 10A..

Aku nazar, berapa banyak A nanti, aku akan puasa satu hari. Kalau 5A, 5 hari aku puasa.
TETAPI, kalau aku dapat 10A, aku akan berpuasa 10 hari berturut-turut.

Memang dasyat! 10 hari berturut-turut!

Ye la..
Aku tengok result exam aku, paling power pun Trial aku..
7A.. itu pun sebab soalan bocor.. 2nd highest aku pernah dapat, 4A..
So, 10A seems mustahil je..

Namun, setelah berpenat-lelah dan bekerja sangat keras, time result keluar,

WOW! 10A!!

Kemudian, teringat nazar..Bila aku nak start puasa 10 hari berturut-turut? Berat ni..

Namun, nazar itu WAJIB.
Alhamdulillah.. Puasa ini telah aku laksanakan..

Surat Berantai

Salam alaik!

Pernah dapat tak, surat atau risalah yang memberi dakwah Islam, ataupun, sekadar peringatan untuk Muslim..
Contoh terbaik!

Surat daripada penjaga makam Rasulullah S.A.W., yang tertidur dan bermimpi didatangi seseorang yang memberi peringatan-peringatan tertentu, khas untuk semua umat Islam.

Dan, kita disuruh untuk fotostat dan mengedarkan risalah itu kepada orang lain. Tidak kira sama ada risalah kertas, emel, mesej atau video.

Pernah kan?

Kemudian, ditambah pula di bahagian terakhir nya, jika sesiapa yang tidak menyebarkan risalah ini, akan ditimpa bala bencana dalam masa 10 hari ape ntah.. Diberi contoh pula, si fulan pernah dibuang kerja daripada menteri kerana mengendahkan mesej-mesej sebegini. Dan kemudian, selepas menyebarkannya, barulah segala yang hilang, dapat kembali..

Macam-macam lagi la surat begini.. Ada rakan-rakan saya yang turut terjebak denga perkara-perkara sebegini. Apabila ditegur, bagi yang menerima dengan baik, terima kasih. Namun, alasan yang sering saya dengar daripada mereka;

"Ala.. Aku sebarkan pasal Islam ni.. Ade pengajaran ape.."
"Laaa.. Xpela.. Aku saje2 je anta.."
"Eh, kang x pasal2 aku kene bala pulak"

Dan pelbagai lagi..

Jadi, saya di sini ingin berkongsi dengan anda semua, mengenai perkara ini. Pandangan dari saya sendiri, dan juga dari apa yang saya baca dalam Majalah I, dari apa yang saya dengar oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan juga dari ILuvIslam.

Ok..

FAKTOR PERTAMA

Jika kita tengok pada isi surat itu sendiri. Contoh, mengenai mimpi dari seorang penjaga makam Rasulullah S.A.W. Sheikh Ahmad Maeine.

Siapakah dia?
Benarkah dia memang wujud?
Atau sekadar watak yang direka sahaja?
Namun, jika betul, tidak mengapa..
Perlulah disertakan dengan bukti sekali..

Sedangkan hadis-hadis yang sering kita dengar, pasti akan ada, diriwayatkan oleh siapa. Namun, faktor ini tidak begitu penting sangat.

Malah, mengenai contoh-contoh nama yang diberikan, di mana mereka tidak menyebarkannya, maka telah ditimpa pelbagai musibah, dan bagi yang menyebarkan, telah mendapat pelbagai berkat, entah betul entah tidak.. Wujud ke tidak manusia-manusia tersebut. Jika betul wujud pun, kisah itu benar ke tidak, wallahualam..


FAKTOR KEDUA

Umat Islam langsung tidak pernah dipaksa untuk menyebarkan ilmu. Namun, kita digalakkan. Setakat ini, saya tidak pernah lagi jumpa mana-mana dalil, yang Allah akan memberi dosa kepada sesiapa yang tidak menyebarkan ilmu. Bergantung juga, jika kita tidak menyebarkan ilmu sehingga menyebabkan seseorang itu sesat dari jalan yang sebenar, itu lain cerita.

Tetapi, bagi perspektif kali ini, dalam surat itu, pasti akan ada suruh kita sebarkan atau forward kepada orang lain, jika tidak, kita akan ditimpa bala dalam masa seminggu. Atau akan hilang benda yang kita sayangi, dan akan hilang kebahagiaan kita selama ini dan sebagainya.

Cuba kita fikir..
Amboi! Paksa kita untuk sebarkan benda-benda sebegini. Dah la paksa kita sebarkan. Kemudian, boleh pula kata nanti kita akan ditimpa sesuatu bala. Besar sangatkah kuasa surat itu? Malah, memaksa kita menyebarkan info dari surat itu. Sedangkan Rasulullah hanya menggalakkan kita menyebarkan ilmu, bukan memaksa. Jadi, sudah nampak sikit-sikit kan?


FAKTOR KETIGA

Allah itu Maha Berkuasa. Tiada apa-apa pun yang lebih berkuasa selain Dia. Itu kita sudah tahu bukan?
Mengenai hal ini pula, seperti yang tertera dalam surat itu, kita akan ditimpa bala jika tidak menyebarkannya, dan akan dieri kebahagiaan jikia kita menyebarkannya..

Wow. Sungguh besar kuasa surat itu. Sehingga kuasanya setanding dengan kuasa Allah. Biar benar? Sungguh hebat. Secara tidak langsung, seseorang yang menuruti perintah surat ini, sekaligus sudah terjebak dengan Syirik. Pengertian syirik mengikut buku teks Pendidikan Islam tingkatan 4,

"Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah"

Seseorang itu telah percaya, bahawa nasibnya selepas itu, bergantung kepada surat itu. Jika dia tidak menyebarkannya, maka, nahaslah dia ditimpa bala nanti. Jadi, dia mahu mendapat berkat atau kebahagiaan. Jadi, dia telah melakukan syirik.

Segala apa yang kita dapat, terima, alami, takdir dan nasib, segalanya terletak pada kekuasaan Allah. Bukan pada sehelai kertas, sepucuk surat atau mesej/emel yang diterima (penjodoh bilangan bagi mesej dan emel ape ye?)


FAKTOR KEEMPAT

Namun, tidak dinafikan ada juga yang tidak mengetahui sehingga ke tahap ini sekali perkara ini boleh terjadi.. Ada yang hanya ingin menyebarkan bagi sekadar suka-suka.. Tiada niat kerana percaya dengan surat itu. TETAPI, anda jangan lupa. Kepada siapa anda sebarkan itu? Siapa tahu, ada yang percaya nanti? Dosa nya itu, akan sampai ke anda juga, kerana menyebarkan..

Kita perlu ingat, jika kita menyebarkan sesuatu ilmu yang bermanfaat, selama mana ilmu itu disebarkan, selama itula kita mendapat pahala untuk hal itu. Jadi, memang untung.. Syukur. Namun, perkara yang sama akan terjadi jika kita mengajar perkara negatif juga. Selagi ajaran negatif itu tidak dihentikan, selagi itulah kita akan berdosa. Jadi, hati-hati ya?

Contoh yang menakutkan,
Qabil, manusia pertama yang membunuh manusia, iaitu membunuh Habil. Bayangkanlah, sehingga sekarang masih ada pembunuhan. Bagaimana lah azab beliau di dalam kubur? Sudah berapa tahun beliau meninggal? Diseksa sehingga Hari Kiamat.. dan, dosa membunuhnya pula, bertambah-tambah hari demi hari.. Wallahualam.. Moga Allah meringankan azab baginya..


Kesimpulannya,
  1. Jika anda mendapat emel, surat, risalah atau mesej sebegini, bacalah dahulu, dan cukuplah sekadar mengambil peringatan dari isi kandungannya. Tidak perlu menyebarkan mengenai bala-bala yang akan dialami sekiranya mengendahkannya..

  2. Khabarkanlah kepada rakan-rakan anda mengenai perkara surat berantai ini. Segala kesan mengenai surat sebegini..
Sehingga di sini sahaja saya ingin mencoretkan sedikit di blog saya kali ini. Kita berjumpa lagi.. Sekian. Maafkan saya jika informasi yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kesilapan diri saya sendiri..

Jika anda mahu copy dan paste artikel ini, amatlah dialu-alukan kerana ilmu ini hak milik semua orang.. Insha Allah.. Sebarkanlah ia..

Assalamualaikum..

Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah :)

Monday, September 6, 2010

Ahlan Wa Sahlan!

Assalamualaikum,
moga-moga anda dirahmati Allah..
Insha allah..

Alhamdulillah, terbina jua blog ini, setelah lama saya berkecimuk dalam blog saya yang lain. Jika berminat untuk membacanya, sila klik sini dan untuk blog kedua saya di sini. Blog pertama saya ialah berkisarkan hidup saya (informal) dan blog kedua saya hanya sekadar bersantai, iaitu dimuatkan cerita-cerita yang mencuit hati ^_^

Namun, blog ini saya khaskan sebagai medan saya untuk berdakwah, insha allah..

Dan satu prinsip yang saya reka dan akan pegang sampai bila-bila, insha allah..
Iaitu,

Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah.. :)
 
Powered by Blogger